Sep
16
Shah Bundy

Ya Allah, Ya Ilahi Ya Rabb

Engkau sambut orang yang menentang-Mu dengan santun. Engkau biarkan orang yang berbuat dosa. Engkau tunggu mereka dengan sabar sampai mereka kembali kepada-Mu. Engkau tahan mereka untuk tidak segera bertaubat supaya yang binasa tidak binasa karena-Mu, dan orang yang celaka tidak celaka karena nikmat-Mu. Tetapi hanya setelah Engkau lama membiarkan mereka dan setelah Kausampaikan rangkaian bukti atas mereka, sebagai kemurahan ampunan-Mu wahai Yang Maha Pemurah, sebagai anugrah kelembutan-Mu wahai Yang Maha Santun.

Engkaulah yang membukakan kepada hamba-hamba-Mu pintu menuju maaf-Mu. Engkau namakan pintu itu taubat. Engkau berikan petunjuk dari wahyu-Mu kearah pintu itu supaya mereka tidak tersesat dari pintu itu. Engkau berfirman: “Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang tulus, semoga Tuhanmu menghapus kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama dengan dia, sedangkan cahaya mereka memancar di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka, seraya mereka berkata: Ya Tuhan kami, sempurnakan bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami. Sungguh Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (At-Tahrim, 66: 8)

Apalagi alasan orang yang alpa memasuki rumah itu setelah pintu dibukakan baginya dan petunjuk ditegakkan.

Engkaulah yang menahan harga untuk hamba-hamba-Mu. Engkau inginkan mereka berlaba dalam berniaga dengan-Mu dan beruntung berkunjung kepada-Mu. Maka Engkau berfirman: “Barangsiapa yang membawa amal yang baik maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat amalnya, dan barangsiapa yang membawa perbuatan yang jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya.” (Al-An’am, 6: 160)

Engkau berfirman: “Perumpamaan infak yang dikeluarkan oleh orang-orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan benih yang menumbuhkan tujuh bulir. Pada setiap bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki.” (Al-Baqarah: 261)

Engkau berfirman: “Barangsiapa meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, Allah akan melipat-gandakan baginya berkali-kali lipat.” (Al-Baqarah: 245).

Engkau yang menunjuki mereka dengan firman-Mu dan dorongan-Mu yang di dalamnya keberuntungan mereka, yang sekiranya Kaututupkan dari mereka, mata mereka tidak melihatnya, telinga mereka tidak mendengarnya, khayal mereka tidak menangkapnya. Maka Engkau berfirman: “Ingatlah Aku, Aku pasti mengingatmu. Bersyukurlah pada-Ku dan jangan ingkar.” (Al-Baqarah: 152).

Engkau juga berfirman: “Jika kamu bersyukur pasti Aku tambah kamu. Jika kamu ingkar, sungguh azab-Ku sangat pedih.” (Ibrahim, 14: 7)

sumber : cinaislam
Sep
10
Filed Under (Uncategorized) by on 10-09-2009
Oleh : ahmad mohni

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:

Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit : Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

sumber:cina islam
Sep
09
Filed Under (Uncategorized) by on 09-09-2009

 Apapun jangan letak sepenuh kepercayaan kepada apa yg terkandung melalui email tersebut. Sekadar untuk bermuhasabah dibenarkan. Segala ketentuan yang akan berlaku itu di dalam rahsia Allah swt. Teruskan membaca..

Perhatikan dan cuba lakukan pengiraan, 1Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat, jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat. Sama dengan hadis nabi pasai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasai satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj. (yang NASA Amerika dok bagitau pada 21-12-2012 planet X akan lintas mai kat bumi ni) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu…….ALLAH sahaja maha mengetahui.. ……… .. cuba kita tengok hadis nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal calender islam 2012 .

 Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:

Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah?” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum’at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum’at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum’at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: “Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!”, karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”.

UPCOMING IMPORTANT ISLAMIC DATES

2010 Calendar

Islamic New Year: December 18, 2009 (1431 A.H.*)

Aashura: December 27, 2009

Ramadan: August 11 – September 8, 2010

Eid ul-Fitr: September 9, 2010

Hajj: November 14 – November 17, 2010

Eid ul-Adha: November 16, 2010

2011 Calendar

Islamic New Year: December 7, 2010 (1432 A.H.*)

Aashura: December 16, 2010

Ramadan: August 1 – August 29, 2011

Eid ul-Fitr: August 30, 2011

Hajj: November 4 – November 7, 2011

Eid ul-Adha: November 6, 2011

2012 Calendar

Islamic New Year: November 26, 2011 (1433 A.H.*)

Aashura: December 5, 2011

Ramadan: July 20 – August 18, 2012

Eid ul-Fitr: August 19, 2012

Hajj: October 24 – October 27, 2012

Eid ul-Adha: October 26, 2012

Sep
04
Filed Under (Uncategorized) by on 04-09-2009

Jumaat, Ogos 07, 2009

Kelamei

Dah dokek nak ghayo kosennyo.. iko laa msonyo kito semuo sibuk buek persiopan nak menyambuit ghayo. sobuit pasal ghayo, x cukup kalu tak ado kelamei.clip_image002
Kelamei ko memang selalu dibuek bebeghapo haghi laei nak ghayo, sobob kelamei ko tahen lamo. Indo bak lomang ndoh..
Proses nak buek kelamai…Memulo.. poei la caghi buloh dokek dalom uten. Nak tau tang mencaghi buloh kelamei to.. Indo buleh sebaghang buloh ndoh.. Buloh kelamei ko, toba. Ghuehnyo pepanjang. Lopeh to, nak dikupeh pulo kulik buloh to, sampei nampak bebayang tangen kito, bilo ditengokke buloh to dokek cahayo matohaghi. Udah ito, di basuh buloh to. Lopeh siop buloh2 to tadin, baghulah dimasukke bancuhen kelamei.DSC03051
Nak membakar nyo pulo.. Ondeikk!! berjom2.. ado la dalom lapen jom kuak..  baghu masak kelamei to. Kelamei ko, sampei abih ghayo pun tahen laei. M’e kogheh, dikukuih, lopeh to maken dengan niyo  ataupun a.k.a KELAPA.
Sep
04
Filed Under (Uncategorized) by on 04-09-2009

Among the most notable suffixes used by the Rawa is kuak, sang, tang. For instance:

  • Bak mano tang means “how could that be
  • Ompek ringgit sang means “four ringgit only
  • Nyonyo nak bergolek kuak means “maybe he wants to sleep

Other significant phrases such as:

  • Bak siko cipier to means “give me the plate
  • Ondeik! Gudang utak bak nyonyo means “owh! stubborn just like him
  • Beserendeng tukong means “carrying things excessively/overloaded
  • Banyak uta kareknyo means “he’s mischievous/cunning
  • Lotowk dongen kayu to means “Hit it with the stick
  • Ako ngincah/kincah kain isowk means “i’ll rinse the clothes tomorrow
  • Bak kato jako…means “like i just said
  • Aghri Senoyen means “Monday
  • Pukol ompek karang nyo means “its at 4 o’clock
  • Kao idak poie menjongouwk means “will you be going for the funeral?
  • Abeih berkerotang sado alahnyo means “everything is a complete mess” (when the mouth gets messy with foods while eating)
  • Hopak! bergayo tang kawo genaghain/genarin means “Wow! you looks stylish nowadays
  • Sempureh kawo! means “to hell with you!” (offensive)
  • Ku sipak kang means “i’ll kick you” (offensive)
  • Abeih tekelayak means “it tears apart” (specifically for open wound)

The Rawa is well known for its distinctive deep vocabulary and exquisite grammar, very different from the ordinary Bahasa Melayu or Standard Malay speakers

References: sekondakhati

Sep
04

“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang”

Dalam post kali ini ana nak kongsikan sedikit info penting berkenaan facebook. Mungkin ada sahabat2 yang sudah tahu mengenai kisah disebalik facebook ini. Namun masih ramai lg diantara kita yang masih blum sedar hakikat sbnar facebook ini. Sahabat ana ada membeli Majalah Al-Islam bil. 429 bulan September/Ramadhan 1430H. Di dalamnya ada kisah yang ana cuba petik untuk dikongsikan bersama di sini.

Facebook? Sebut sahaja Facebook ana rasa semua shabat2 tahu mengenainya. Namun adakah kita tahu apakah sebenarnya kisah yang tersirat di sebalik “Facebook” ini? Siapakah sebenar pengasasFACEBOOK? Kemanakah wang yang dilaburkan untuk FACEBOOK di salurkan? Ketahuilah hakikatnya di sini.

Pengasas
: Mark Zuckerberg, seorang graduan Universiti Harvard.

: Anak pasangan yahudi,Edward dan Karen Zurkerberg yang dibesarkan di Amerika Syarikat.

: Seorang yang genius komputer sejak kecil lagi.

Apa kaitan Zuckerberg & FACEBOOK??

*Zuckerberg menjadi anggota Alpha Epsilon Pi (AEPi) yang merupakan pertubuhan persaudaraan yahudi yang kuat di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.

* Kaitannya dengan Israel, berlangsung apabila ia dikatakan sebagai yang pertama dan satu-satunya pertubuhan persaudaraan di Israel.

*Tujuan utama pembentukan : membina semangat kepimpinan di kalangan mahasiswa yahudi sekaligus menjadi pemimpin bangsa di masa akan datang.

*AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel

*AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC, Hillel, Israel on Campus Coalition, Aish HaTorah, Chabad on Campus, Hasbara Fellowships, B’inai Brith International, Shaare Zedek, Chai Lifeline, Holocaust Museum, dan Gift of Life. (sumber)

Apa Yang kita TAK TAHU???

*Pendapatan FACEBOOK datang dari iklan2 yang dipaparkan.

*Terdapat pelbagai sistem pengiklanan yang berbeza-beza di dalamnya. Contohnya, kaedah CPC (cost per click), sekali klik RM 0.50 dalam satu hari. Bagaimana jika 1000 orang klik pada iklan tersebut, jadi total sehari = RM 500. Klu sebulan? RM 500 x 30 = RM 15,000!! Klu Setahun pulak???
*Tu baru satu iklan, Klu ade 10-20 iklan??? Sama2lah kite kire sendiri brape byk keuntungan yang FACEBOOK perolehi.

Kenape PENTING SGT BOIKOT FACEBOOK???

Jika kita sudah mengira brapa byk jumlah sbnr keuntungan yang diperolehi oleh FACEBOOK dalam sebulan atau setahun, ketahuilah saudara2 ku sekalian, sebahagian daripada keuntungan tersebut disalurkan untuk MEMBIAYAI PEPERANGAN DI GAZA!!

Lebih malang lagi, sebahagian daripada keuntungan tersebut disumbangkan oleh KITA!! Wahai saudara2ku sekalian. Dengan hanya klik pada facebook shj, kita sudah turut sama MEMBUNUH umat Islam Palestin di GAZA. Apalah ertinya kita memboikot barang2 Israel jika kita tetap melakukan PEMBUNUHAN kpd saudara2 kita dengan menggunakan FACEBOOK???

FACEBOOK juga di gunakan dalam MENAIKKAN SEMANGAT TENTERA2 YAHUDI untuk memerangi UMAT ISLAM DI GAZA!!! JUGA DIGUNAKAN UNTUK MEMBURUK2KAN UMAT ISLAM DI GAZA PADA MATA DUNIA LUAR, SEOLAH2 KITALAH PENGGANAS SEBENAR YANG MENYERANG MEREKA!!! SEDARLAH!! SEDARLAH!! DAN SEDARLAH!! SAUDARA2KU…

Sedarilah saudara2ku sekalian, sesungguhnya kita semua dikurniakan akal fikiran yang sihat oleh Allah s.w.t untuk berfikir mana yang haq dan mana yang batil. Oleh itu, sama2lah kita muhasabah semula apa yang PATUT kita lakukan. DELETE shj akaun FACEBOOK anda atau anda ingin tetap terus menjadi PEMBUNUH UMAT ISLAM di GAZA??? Tepuk dada tanyalah iman, jangan tanya aiman sbb aiman akan jawab aiman x kisah…

Semoga perkongsian yg sedikit ini memberikan manfaat yang besar. Apa tunggu lg sahabat2?? Sebar2kan segera…Janganlah kita menjadi PEMBUNUH..

Wallahua’lam..
Wassalam..

Sumber: http://biomedicukm.blogspot.com/2009/09/facebok-bertindak-segera.html

 

Sep
03
Filed Under (Uncategorized) by on 03-09-2009

Pantun Raya

 

Oleh : anuarani

Kelantan…

Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu…

Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile


Pahang…

Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor…
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie
Melaka…
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan…

Masak lomak cili api
Campo dongan! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur…

Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak…

Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah…

Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang…

Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis…

Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

 

 

 

 

 

Ajaran Islam menganjurkan kepada kita agar tegas mengamalkannya, tegas mengeluarkan hukum.Tegas menyampaikannya atau memperkatakan dan gigih memperjuangkannya dimana saja dan di dalam keadaan apa sekali pun.Islam adalah agama kasih sayang dan lemah lembut, bukan agama keras tapi disuruh tegas.

Kebanyakkan umat Islam terutama orang politik, para pejuang dan pendakwah pendakwah melakukan kekerasan di dalam perjuangan atau di dalam dakwahnya tapi dia sendiri tidak tegas mengamalkannya, sama saja dengan orang lain.Di dalam menyampaikan, suaranya lantang dan keras memperkatakan hukum hukumnya.Tegas kalau untuk orang lain tapi untuk diri sendiri longgar dan cuai.

Di dalam menyampaikan Islam dia mengata, mengumpat dan menuduh kepada golongan golongan yang tertentu,Ada kalanya hingga sampai maki hamun, mengutuk dan menempelak orang yang tertentu, tapi dia sendiri syariatnya cuai, akhlaknya rosak, maruahnya tidak di jaga,Mereka menyangka cara itu dikatakan tegas.

Sebenarnya sikap mereka bukan tegas tapi keras.Tegas ertinya memperkatakan hukuman yang sesuai dengan kehendak Islam.Disampaikan dengan penuh berhikmah dan kasih sayang, tidak ditujukan kepada mana mana golongan tapi untuk semua, terutama diri sendiri.Dan orang yang berkata dan memperjuangkan itu mempunyai peribadi yang baik dan mempunyai akhlak yang mulia kerana dia tegas mengamalkan Islam itu lebih dahulu di dalam diri mereka dan tegas berpegang dengan hukum. Begitu juga tegas mendidik anak dan isteri serta Keluarga.Agar mereka mengamalkan ajaran Islam itu serta sangat menghormati hukum hakam.Begitulah orang yang tegas dengan prinsip.

Oleh kerana tidak tegas mengamalkan Islam tapi keras memperkatakan dan memperjuangkannya, maka orang ramai jadi benci dengan Islam.Lebih lebih lagi orang kafir, mereka takut dengan Islam.Melihat peribadi para pejuang dan para da’i serta Keluarga mereka, Islam itu tidak ada didalam diri mereka.Yang mereka lihat ialah kekerasan dan kekasaran.Keindahan Islam tidak dapat dilihat kerana bersikap keras bukan tegas.

“Kalau kita hendak menasihati orang.Tanya hati kita dahulu.Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.
Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.
Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu”.

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.

Salaam & Regards

Amri el Wahab

From Cina Islam
Sep
02

kad rayo gopeng hegen

Awak mengucapken selamet berpuaso kepado semuo yg mengonali diri ako..Tak lupo juo pada semua sahabet seperjuangan dan jugo staf di tompek awak bekerojo…Diharopkan semua dapat menunaikan ibadah puaso dengan baiknyo dan awak juo ingin mengucopken Selamet Hari Rayo pado semua….
( kad to pinjom dolu….)
Sep
01
Filed Under (Uncategorized) by on 01-09-2009

kad raya bakep3

Sep
01
kad raya bakep2

Semoga ramadhan yang berkat ini membawa sejuta rahmat kepada setiap insan di muka bumi ini. Dan Hari Raya yang bakal menjelang membawa sinar baru kepada kita semua….

Sep
01
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu’
tubuh dan qalbu…bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil… menangisi kecurangan janji
“innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil ‘alamin”
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang…bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu…merintih. ..meminta belas kasih
“sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi…aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU”

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru…kita cari…suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri…rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan …lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi….
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti…paling berseri…
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman…
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha…bersedia …meminta belas-NYA

wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu … namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu …
kami lah hamba yang mengharap belas darimu
“ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..
ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia” Amin…..

“Andai benar ini Ramadhan terakhir buat saya
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH SAYA LAKUKAN”

by ummianni
Aug
28
Filed Under (Uncategorized) by on 28-08-2009

Oleh : MRK albanjari

Allah menjadikan bulan Ramadan sebagai bulan untuk hamba-hamba-Nya sentiasa berlumba-lumba melakukan kebajikan .Kerana banyak kelebihan dan keistimewaan yang Allah sediakan pada bulan Ramadan yang perlu direbut oleh hamba-Nya. Hari-hari yang berlalu sepanjang bulan Ramadan adalah peluang keemasan yang berharga yang pasti tidak akan dilepaskan berlalu begitu sahaja oleh mereka yang mengerahui kelebihan bulan Ramadan.

Antara kelebihan bulan Ramadan ialah tawaran keampunan daripada Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang beribadah pada bulan yang mulia ini. Kerana daripada Allah dosa-dosa Mereka terampun.

Rasulullah SAW berabda ;

“أَتَاكُمْ رَمَضَانُ شَهْرُ بَرَكَةٍ يَغْشَاكُمُ اللهُ فِيهِ، فَيُنْزِلُ الرَّحْمَةَ وَيَحُطُّ الْخَطَايَا وَيَسْتَجِيْبُ فِيهِ الدُّعَاءَ يَنْظُرُ اللهُ تَعَالىَ اِلَى تَنَافُسِكُمْ فِيهِ وَيُبَاهِىْ ِبكُمْ مَلاَئِكَتُهُ فَأَرُوا اللهَ مِنْ أَنْفُسِكُمْ خَيرًا فَإِنَّ الشَّقِيَّ مَنْ حُرِّمَ ِفيهِ رَحْمَةُ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ.”

Maksudnya : “Apabila tibanya Ramadan bulan keberkatan maka Allah melindungi kamu pada bulan tersebut, ia menurunkan rahmat-Nya, mengampunkan segala dosa dan memperkenankan doa. Pada bulan ini Allah melihat perlumbaan kamu melakukan ibadah dan para malaikat sangat berbangga melihat ibadah yang kamu lakukan. Maka tunjukkanlah kepada Allah segala kebaikan yang kamu lakukan kerana sesungguhnya orang yang celaka adalah orang yang diharamkan mendapat rahmat Allah pada bulan tersebut.” Hadis riwayat At-Tabrani

Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud : ” Setiap yang mendirikan bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala daripada Allah maka diampunkan bagi-nya dosa-dosa yang telah lalu.”

Para ulama di dalam menghuraikan maksud Hadis tersebut menerangkan bahawa sesiapa yang menghidukan atau menghayati malam-malam bulan Ramadan dengan melakukan solat tarawih dan ibadah-ibadah lain seperti berzikir dan istighfar serta membaca al-Quran dengan ikhlas kerana Allah, maka Allah akan mengampunkan segala dosa-dosanya yang telah lalu melainkan dosa-dosanya yang berkaitan dengan manusia yang perlu terlebih dahulu diselesaikan sesama manusia.

Di antara satu Ramadhan dengan Ramadhan yang berikutnya akan terjamin mendapat keampunan daripada Allah selagi hamba-hamba Allah tetap setia dan taat beribadah kepadanya dan tidak melakukan dosa-dosa besar.

Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda:

“الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمعَةُ اِلَى الْجُمُعَةِ وَرَمَضَانَ اِلىَ رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتُنِبَتِ الْكَبَائرُ.”

Maksudnya : ” Solat lima waktu yang didirikan, satu Jumaat ke Jumaat yang berikutnya dan satu Ramadhan kepada Ramadhan yang berikutnya maka akan menghapuskan dosa-dosa antara keduanya selagi mana dijauhi dosa-dosa besar.”

Bersempena dengan bulan Ramadan ini, marilah kita sama-sama memanfaatkan sebaik mungkin dengan melipat gandakan amalan soleh dan amalan-amalan sunat yang lain dengan bersungguh-sungguh melakukan ibadah kepada Allah SWT di antaranya:

1. Kita hendaklah berusaha mendapatkan keampunan Allah pada bulan yang mulia ini kerana amalan yang dilakukan di sepanjang bulan yang mulia ini pasti akan diberikan ganjaran berlipat kali ganda oleh Allah jika dilakukan dengan ikhlas kerana Allah.

2. Berlumba-lumba melakukan kebaikan melalui amal ibadah yang berterusan adalah langkah yang mulia dan bijak. Sesungguhnya jika amalan mulia ini dilakukan, nescaya akan mendapat keampunan di dunia dan di akhirat.

Tiada ruginya jika kita memberikan masa yang lebih kepada Allah kerana kelak nescaya kita tidak mudah untuk dilupakan. Wallahualam : copy from al-banjari
Aug
28
Filed Under (Uncategorized) by on 28-08-2009

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Aug
28
Filed Under (Uncategorized) by on 28-08-2009
Senarai Sekolah Bagi
PKG AQA2003 – PKG GOPENG
yang terlibat SSQS.
Jumlah Sekolah :26
Bil Kod Sekolah Nama Sekolah Bil. Responden Bil. Siap Menjawab Bil. Belum Menjawab % Kemajuan
1 ABA2018 SK GOPENG 62 23 39 37.10
2 ABA2019 SK GUNUNG PANJANG 62 48 14 77.42
3 ABA2020 SK CHANGKAT TUALANG 62 29 33 46.77
4 ABA2021 SK KOTA BAHARU 62 44 18 70.97
5 ABA2022 SK TUALANG SEKAH 62 39 23 62.90
6 ABA2023 SK MALIM NAWAR 62 9 53 14.52
7 ABA2024 SK KUALA DIPANG 62 55 7 88.71
8 ABA2025 SK SAHOM 62 26 36 41.94
9 ABA2029 SK SUNGAI ITEK 62 0 62 0.00
10 ABA2037 SK ULU GERUNTUM 62 0 62 0.00
11 ABA2048 SK POS DIPANG 62 26 36 41.94
12 ABB2094 SK GOPENG 62 62 0 100.00
13 ABB2097 SK METHODIST 62 62 0 100.00
14 ABC2144 SJK(C) NEW KOPISAN 62 62 0 100.00
15 ABC2145 SJK(C) MAN MING 62 54 8 87.10
16 ABC2146 SJK(C) LAWAN KUDA BARU 62 60 2 96.77
17 ABC2148 SJK(C) JERAM 62 56 6 90.32
18 ABC2149 SJK(C) YING SING 62 58 4 93.55
19 ABC2150 SJK(C) SIN MIN 62 53 9 85.48
20 ABD2171 SJK(T) GOPENG 62 41 21 66.13
21 ABD2172 SJK(T) METHODIST 62 0 62 0.00
22 ABD2184 SJK(T) LADANG KOTA BAHROE 62 12 50 19.35
23 AEA2303 SMK SERI TEJA 62 44 18 70.97
24 AEE2070 SMK IDRIS SHAH 62 62 0 100.00
25 AEE2074 SMK MALIM NAWAR 62 62 0 100.00
26 ARA2001 SBP INTEGRASI GOPENG 62 62 0
Tarikh tutup udah doket…indo juo mengisi laie……